Doa
Menuntut ilmu itu wajib bagi semua orang Islam seperti sabda Rasulullah di dalam satu hadis riwayat Ibnu Majah. Baik dengan cara membaca, belajar depan-depan (talaqqi), dan lain-lain. Semuanya baik belaka. Allah berfirman di dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11: “ ..nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.. ” Demikianlah betapa pentingnya kita menuntut ilmu. Kita akan diangkat darjat. Sebalik daripada mengambil peluang baik ini, kita juga boleh mendatangkan manfaat pada orang ramai. Ilmu itu dipakai. Bukan untuk disimpan di dalam hati sahaja. Bila ilmu itu dipakai, maka banyaklah perkara boleh selesai. Hasil semua inovasi yang kita lihat hari ini semuanya bersandarkan kepada ilmu pengetahuan yang berkembang. Jadi, kita kena tahu, apakah doa-doa yang digalakkan untuk dibaca ketika kita menuntut ilmu. Supaya, ilmu itu juga mendapat keberkatan Allah. 1. Doa sebelum mula belajar (Berserta Rumi) Maksud