Al-Quran bukan sekadar kitab biasa untuk dibaca.
Bahkan al-Quran adalah kalam Allah. Wahyu dan juga mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw.
Dan al-Quran itu sendiri mempunyai hak-hak yang perlu kita sebagai manusia laksanakan.
Apa tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim terhadap al-Quran?
1. AT-TASDIQ (PERCAYA)
Sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman dengan al-Quran yang merupakan salah satu dari rukun Iman.
Wajib ke atas kita untuk mempercayai segala isi dan pengkhabaran yang terdapat di dalam al-Quran.
سَنُريهِم آيٰتِنا فِي الآفاقِ وَفي أَنفُسِهِم حَتّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُم أَنَّهُ الحَقُّ ۗ أَوَلَم يَكفِ بِرَبِّكَ أَنَّههُ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belum kah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belum kah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhan mu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat:53)
.
.
2. AL-ISTIMA’ (MENDENGAR)
Iaitu mendengar dengan baik dan fokus.
Apabila Quran dibacakan atau dipasang, kita sepatutnya mendengar dan menghayati bacaan ayat al-Quran itu.
Tidak sepatutnya kita bersembang ketika ayat Quran sedang dibaca.
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (al-‘Araf:204)
.
.
3. AL-QIROAH (MEMBACA)
Ini adalah hak Quran yang paling ramai orang mengamalkannya, terutama pada bulan Ramadhan.
Iaitu membaca al-Quran.
Betul. Antara hak Quran adalah untuk dibaca. Bukan untuk dijadikan perhiasan di rak mahupun di dinding rumah.
Cubalah untuk baca al-Quran setiap hari, walaupun sedikit.
فَاقرَءوا ما تَيَسَّرَ مِنهُ
Maksudnya: oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran. (Muzammbil :20)
.
.
4. AT-TILAWAH (TILAWAH)
Apa beza membaca al-Quran dan tilawah al-Quran sebenarnya?
Nampak macam sama. Tapi sebenarnya berbeza.
Tilawah al-Quran : kita membaca al-Quran dengan faham dan fokus. Kita baca serta faham maknanya untuk kita ikut dan amal.
Adapun membaca al-Quran, kita cuma sekadar baca tanpa kita faham maknanya.
Tilawah(membaca dengan faham) adalah kunci untuk kusyuk di dalam solat.
Kalau seseorang itu bertilawah al-Quran, sepatutnya nada suara bacaannya serta mimik mukanya akan berubah mengikut ayat yang dibaca.
Jika ayat berkaitan azab, dia akan gerun dan takut.
Ayat berkaitan khabar gembira dan syurga, dia akan tenang dan senyum.
Begitulah.
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ
maksudnya: Dan bacalah apa yang diturunkan kepadamu dari al-Qur’an ini dan amalkanlah kandungannya. (al-ankabut:45)
.
.
5. AT-TADABBUR (MENTADABBUR)
Tadabbur adalah proses kita memikirkan tentang ayat dan makna al-Quran secara berulang-ulang sehingga kita mendapat peringatan, petunjuk atau kebahagiaan.
Tadabbur adalah hak al-Quran yang paling istimewa.
Ia disebut sebanyak 4 kali di dalam al-Quran.
Dengan tadabbur, akan menjayakan hak al-Quran yang seterusnya, iaitu yang paling penting.
أَفَلا يَتَدَبَّرونَ القُرآنَ أَم عَلىٰ قُلوبٍ أَقفالُها
Maksudnya: Maka apakah mereka tidak tadabbur Al-Qur’an ataukah hati mereka terkunci?(Muhammad:24)
.
.
6. AT-TAZAKKUR (MEMBERI PERINGATAN)
Iaitu kita mengambil peringatan, pengajaran serta iktibar dari al-Quran.
Setiap kisah yang diceritakan di dalam al-Quran, ada pengajarannya.
Setiap ayat yang tercatat di dalam al-Quran, ada peringatannya.
Maka, tugas kita bukan sekadar membaca ayat-ayat itu. Tapi untuk mengambil ibrah dan peringatan dari setiap yang tercatat di dalam al-Quran.
كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Maksudnya: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Sod:29)
.
.
7. AL-ITTIBA’ (IKUTAN)
Setiap ajaran dan hukum yang terkandung di dalam al-Quran adalah untuk diikuti, dipraktik serta diamalkan.
Al-Quran adalah kalam Allah. Petunjuk Allah. Rugilah kita jika kita sekadar membaca tapi enggan mengikut ajaran-Nya.
Apalah erti wahyu Allah itu jika tidak kita amalkan.
Kita wajib mengikut setiap hukum dan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.
وَهَٰذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
maksudnya: Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat.(al-An’am:155)
……..
Begitulah 7 hak-hak al-Quran yang dipertanggungjawabkan ke atas kita selaku seorang Muslim.
Persoalannya, adakah kita dah memenuhi kesemua hak-hak al-Quran?
Al-Quran kitab agung yang sarat dengan petunjuk, pedoman dan hidayah yang membimbing kita menuju ke syurga.
Maka, fahamilah al-Quran.
Jangan sekadar baca tanpa memahami apa isi kandungannya.
Lebih malang jika al-Quran cuma dijadikan perhiasan di rumah. Sampaikan kita boleh bertayammum dengan debu yang ada pada al-Quran itu. Allahu..
Jom sama-sama azam dan tekad untuk usaha tunaikan kesemua tanggungjawab kita terhadap al-Quran!
Masih belum terlambat untuk bermula..
Allahummarhamna bil Quran..
.
.
.
Nur Shazareen
Muhasabah diri
.
.
#notaDrSholihahKaswari
#seminarHuququlQuran
.
.
.
.
*Anda baca sampai habis? Tahniah! Menunjukk
Comments
Post a Comment