Posts

Doa

Image
  Menuntut ilmu itu   wajib  bagi semua orang Islam seperti sabda Rasulullah di dalam satu hadis riwayat Ibnu Majah. Baik dengan cara membaca, belajar depan-depan (talaqqi), dan lain-lain. Semuanya baik belaka. Allah berfirman di dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11: “ ..nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.. ” Demikianlah betapa pentingnya kita menuntut ilmu. Kita akan diangkat darjat. Sebalik daripada mengambil peluang baik ini, kita juga boleh mendatangkan manfaat pada orang ramai. Ilmu itu dipakai. Bukan untuk disimpan di dalam hati sahaja. Bila ilmu itu dipakai, maka banyaklah perkara boleh selesai. Hasil semua inovasi yang kita lihat hari ini semuanya bersandarkan kepada ilmu pengetahuan yang berkembang. Jadi, kita kena tahu, apakah doa-doa yang digalakkan untuk dibaca ketika kita menuntut ilmu. Supaya, ilmu itu juga mendapat keberkatan Allah. 1. Doa sebelum mula belajar  (Berserta Rumi) Maksud

30

Image
  Nombor Tiga Puluh (30) Berkuasa ♦ Meresap ♦ Mendalam Kembali ke Halaman Utama  www.primesdemystified.com Selamat datang ke semakan paling komprehensif tentang nombor 30 yang pernah dibuat.  Nombor 30 mempunyai sifat yang luar biasa, termasuk–dan mungkin yang paling mendalam–peranannya (bersama-sama dengan faktor perdananya 2, 3 dan 5) sebagai prinsip penyusunan utama dalam pengagihan nombor perdana.  Sebelum sampai ke perkara itu, berikut ialah senarai sifat matematik dan fakta menarik lain yang berkaitan dengan integer ini: 30 ialah nombor asli (aka nombor bulat; nombor pengiraan; integer bukan negatif; integer positif) selepas 29 dan sebelum 31. 30 ialah nombor bulat positif dengan dua digit. 30 ialah  nombor komposit  ke-19 (aka  nombor  bukan prima ; bukan prima bukan negatif; bukan prima semula jadi; bukan prima keseluruhan; pengiraan bukan prima). 30 ialah  nombor genap  . 30 adalah sama dengan: 2 + 4 + 6 + 8 + 10;  4 + 5 + 6 + 7 + 8;  2 + 3 + 5 + 8 + 12;  6 + 7 + 8 + 9;  dan 1
Image
  HAK-HAK AL-QURAN Al-Quran bukan sekadar kitab biasa untuk dibaca. Bahkan al-Quran adalah kalam Allah. Wahyu dan juga mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Dan al-Quran itu sendiri mempunyai hak-hak yang perlu kita sebagai manusia laksanakan. Apa tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim terhadap al-Quran? 1. AT-TASDIQ (PERCAYA) Sebagai seorang Muslim, kita wajib beriman dengan al-Quran yang merupakan salah satu dari rukun Iman. Wajib ke atas kita untuk mempercayai segala isi dan pengkhabaran yang terdapat di dalam al-Quran. سَنُريهِم آيٰتِنا فِي الآفاقِ وَفي أَنفُسِهِم حَتّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُم أَنَّهُ الحَقُّ ۗ أَوَلَم يَكفِ بِرَبِّكَ أَنَّههُ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belum kah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belum kah cukup (bagi mereka) bahawa